banner

11 January 2012

Semua orang suka bergaduh

Di Malaysia, drama pergaduhan berlaku sepanjang masa. Malah drama-drama Melayu yang penuh dengan aksi pergaduhan keluarga pun tidak mampu menandingi kehebatan drama politik Malaysia. Mengapa? Ramai yang tidak menggunakan akal. Yang ada akal, hanya bergaduh menggunakan akal tanpa mengira sensitiviti orang lain.

Bergaduh di Malaysia ada dalam bermacam-macam bentuk- debat, perbezaan idea dan menunjuk-nunjuk siapa yang lebih betul walhal semua mahukan kebaikan untuk semua orang. Jika berbeza idea, didiklah pihak lawan untuk memahaminya-bukan menghukumnya. 

Di satu pihak mengatakan satu pihak ini selalu memfitnah dirinya. Di pihak ini pula selalu mengatakan tidak. Namun kita sebagai seorang yang langsung tidak mengetahui secara langsung, janganlah teruja-uja sangat menyokong mana-mana idea yang kita rasakan betul. Cuba bayangkan macam situasi ini- kalau pihak 'baru dibebaskan' mengatakan semuanya fitnah belaka dan mengatakan pihak 'saya lama dah memerintah' yang memfitnahnya. Namun , kita tidak benar-benar tahu betulkah pihak ini yang memfitnah? Kalau kita percaya tanpa menyiasat, kita berburuk sangka. Dan lebih teruk, pihak 'saya dibebaskan' yang mengatakan orang memfitnahnya, jika fihak lawannya tidak memfitnahnya, dia pula yang menfitnah orang yang dikatakan memfitnahnya. Begitu juga sebaliknya.

Ada satu pendapat seorang ustaz yang saya langgan (subscribe) di Facebook yang berbunyi- perbezaan pendapat itu adalah jihad. Namun, apabila saya melihat dia seakan-akan membantah seorang ustaz lain memasuki pihak lawannya, saya tidak pasti apa yang diperjuangkannya. Bagaimana dengan idea ustaz mengenai perbezaan pendapat itu? Mengapa seorang ustaz lain memasuki parti bukan sokongannya seakan-akan dihina kerana masuk ke dalam kancah rasuah, politik kotor dan sebagainya. Adakah mungkin ustaz itu mempunyai niat untuk mengubah perkara-perkara buruk parti itu dari dalam yang mungkin jauh lebih baik berbanding pendekatan ustaz? Bahkan ini lebih baik berbanding ustaz yang terus mencaci pihak bukan sokongan ustaz namun tidak berusaha untuk melakukan dakwah dengan cara efektif terhadap mereka. Api jika dilawan api makin besar apinya

Kadang-kadang saya melihat orang yang mengatakan dirinya memperjuangkan Islam sentiasa bercakap sahaja. Yang lebih ekstrem, membawanya ke jalanan tanpa sebarang penyelesaian konstruktif. Allahuakbar dilaungkan tidak berguna jika dalam hati tidak mendalaminya. Saya tidak menyokong mana-mana pihak (buat masa ini) namun janganlah senantiasa berprasangka buruk terhadap orang lain. Saya menasihati diri terlebih dahulu dan ingin mengajak anda semua. Mungkin cara mereka kurang betul namun niat mereka tetap baik. Jika salah, tegurlah dengan cara betul. Anda pun buat salah juga dan anda juga tidak suka ditegur dengan cara anda menegur pihak lawan. 

Janganlah berburuk sangka. Setiap manusia boleh berubah. Jangan ingat anda sahaja yang betul dalam dunia.-The Chukai Insider

No comments:

Post a Comment

Anonymous comments will be deleted except comments from 'anonymous' people I know. Please refrain from comments of a racist, sexist, vulgar or derogatory nature and note that comments can be edited, rewritten for clarity or to avoid questionable issues. The Chukai Insider also reserve the right to delete off-topic comments.